Sekolah Kebangsaan Jelapang terletak di kawasan Taman Meru dengan keluasan 19.9 hektar dan terletak 9 km dari pusat bandaraya Ipoh. SKJ telah diasaskan pada 2 Januari 1989 dengan menumpang di SRJK (C) Jelapang. Jumlah murid ketika itu ialah seramai 375 orang, 13 orang guru dan 2 orang staf sokongan.
Pada 10 Julai 1989, 2 blok bangunan 3 tingkat dan sebuah kantin mula digunakan dengan bilangan murid seramai 1,050 orang, 39 orang guru dan 5 orang staf sokongan. Projek perumahan di sekeliling kawasan Taman Meru menyumbang ke arah bertambahnya bilangan murid dengan mendadak. Justeru itu, sebuah lagi bangunan baru, 1 blok 2 tingkat telah dibina pada bulan Oktober 1993 dan mula beroperasi pada 1 Disember 1994.
Sekolah Kebangsaan Dato’ Ahmad Said Tambahan diwujudkan dan menumpang di bangunan blok A sekolah ini dari 1 Januari 1991 hingga mereka berpindah ke bangunan sendiri pada bulan Ogos 1993.
Pada tahun 1995, 2 blok bangunan asrama dan sebuah dewan makan telah didirikan bagi tujuan menempatkan murid bestari ( PTS ) di sekitar daerah Kinta. Untuk memenuhi hasrat kerajaan untuk membangunkan Program Komputer Dalam Pendidikan, pada tahun 1997 sebuah kelas telah diubahsuaikan untuk menjadi makmal komputer.
Pada tahun 2000, sebuah blok satu tingkat dibina bagi menampung kekurangan bilik darjah. Kini blok berkenaan dijadikan Bangunan PraSekolah. Sebuah makmal komputer dibina pada tahun 2001 dan mula digunakan pada tahun 2002. Sebanyak 42 unit komputer dan sebuah ‘server’ dibekalkan oleh kerajaan bagi meningkatkan pengetahuan murid dalam bidang perkomputeran.
Pada tahun 2006, sebuah lagi bangunan untuk satu kelas PraSekolah telah didirikan. Di samping itu, pihak PIBG telah mencari, mengumpul dana dan akhirnya berjaya mendirikan sebuah astaka dan 2 blok tempat letak kereta untuk kegunaan pelbagai aktiviti sekolah.




LAGU RASMI SEKOLAH

‘KECEMERLANGAN ILMU’
Padamu SKJ yang unggul,
Kejayaan di sini,
Penyambung warisan,
Kecemerlangan ilmu,
Jasamu abadi,
Kami sanjung namamu SKJ,
Yang telah berjasa,
Membawa kejayaan anak bangsa,
Menuju wawasan,
Kami berusaha, bersetia, bertakwa,
Setiap masa,
Pada mu SKJ menabur bakti,
Agama, nusa dan bangsa,
Kami sanjung namamu SKJ,
Yang telah berjasa,
Membawa kejayaan anak bangsa,
Menuju wawasan.

Lirik oleh : Tuan Hj Fahmi bin Hashim ( Guru Besar : 1992 – 1998 )
Gubahan Muzik oleh : Encik Khor Aik Keong ( Bekas Guru Muzik SKJ ).




LOGO SEKOLAH

Warna Biru : Harmoni
• Keharmonian dan perpaduan yang diwujudkan oleh warga SKJ.

Warna Kuning : Agama
• Menjadikan agama sebagai teras kehidupan.

Warna Merah : Keberanian
• Keberanian bagi menghadapi cabaran pendidikan.

Buku dan Obor yang Menyala :
• Melambangkan ilmu sebagai penyuluh hidup.

Bunga Padi :
• Melambangkan usaha yang berterusan akan membuahkan hasil yang lumayan ( kecemerlangan ilmu ).





BENDERA SEKOLAHWarna  latar belakang
Maroon            : Melambangkan kemesraan di antara guru, murid dan ibubapa menjadi teras   
                           kecemerlangan SKJ.

Warna lencana

Biru                  : Harmoni - keharmonian dan perpaduan yang diwujudkan oleh warga SKJ.

Kuning             : Agama - Menjadikan agama sebagai teras kehidupan.

Merah              : Keberanian - Keberanian bagi menghadapi cabaran pendidikan.

Buku dan Obor yang Menyala

Melambangkan ilmu sebagai penyuluh hidup.

Bunga Padi

Melambangkan usaha yang berterusan pasti akan membuahkan hasil yang lumayan (kecemerlangan ilmu ).