VISI SKJ
Memperkasakan pengurusan dan kepimpinan sekolah.
Membangun dan meningkatkan kualiti warga sekolah dalam setiap aktiviti.
Membudayakan headcount di sekolah.
Melaksanakan pemantauan dan penyeliaan secara berfokus.
Memantapkan pelaksanaan program kecemerlangan dan program khas.
MOTO SEKOLAH
“ BERILMU, BERUSAHA, BERJAYA”
BERILMU
Setiap murid SK Jelapang diwajibkan menuntut sebanyak ilmu yang boleh dan menambah pengetahuan dunia dan akhirat.
BERUSAHA
Berikhtiar dengan gigih untuk mempertingkatkan potensi dan prestasi bagi mencapai matlamat dan cita-cita yang murni.
BERJAYA
Mencapai kecemerlangan dalam segala bidang dari segi jasmani, emosi , rohani dan intelek ke arah membina insan yang kamil.