Piagam Pelanggan Sekolah
Kami, warga Sekolah Kebangsaan Jelapang ,Taman Meru, Ipoh dengan penuh tekad dan iltizam memenuhi setulus amanah berikrar dan berjanji akan menumpukan seluruh tenaga, fikiran dan usaha kami untuk :
Kami, warga Sekolah Kebangsaan Jelapang ,Taman Meru, Ipoh dengan penuh tekad dan iltizam memenuhi setulus amanah berikrar dan berjanji akan menumpukan seluruh tenaga, fikiran dan usaha kami untuk :
- Melaksanakan program pengajaran dan pembelajaran yang terkini berasaskan budaya ilmu yang diredhai Allah.
- Menentukan proses pengajaran dan pembelajaran selaras dengan Falsafah Pendidikan Negara.
- Mengadakan kemudahan pengajaran dan pembelajaran yang terkini, canggih dan efektif serta menyediakan pengurusan yang berketrampilan.
- Menyediakan guru dan staf sokongan yang berwawasan, amanah, berdisiplin, aktif, proaktif, produktif dan bertanggungjawab.
- Menentu dan menyediakan kemudahan-kemudahan sekolah yang selesa selaras dengan perkhidmatan penyayang.
- Sentiasa peka dengan kehendak dan keperluan pelajar, masyarakat, guru, ibubapa dan Negara dengan semangat akrab dan ikram.
- Sentiasa menjaga nama baik dan memberi kerjasama yang padu dengan institusi pendidikan yang lain.
- Sentiasa mempertahankan maruah dan martabat keguruan berlandaskan suruhan Allah.